Di Nizhny, terdapat tiga buah hostel untuk pelajar-pelajar dari luar Rusia. Hostel-hostel itu terletak di sebuah kawasan akademi, dimana ia merupakan kawasan penginapan untuk semua pelajar akademi. Oleh yang demikian, kawasan penginapan itu adalah tempat yang selamat. Di samping itu, terdapat juga sebuah bangunan akademik yang menjadi tempat belajar terutamanya untuk pelajar-pelajar tahun 1 dan tahun 2.
Kemudahan hostel
Anda tidak perlu risau tentang kemudahan yang disediakan kerana ia cukup untuk anda hidup dengan selesa!
Antara kemudahan yg disediakan:
1) Dobi – berfungsi pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad
2) Dapur yang luas dan lengkap.
3) Kafe (jika anda malas untuk masak=))
4) Vender machine
5) ATM machine
Dan banyak lagi… semuanya pasti membuat anda tersenyum.
Kondisi bilik
Bilik-bilik yang terdapat di Nizhny begitu cantik, besar, MURAH! dan kondusif.
Jenis bilik yang ada adalah bilik untuk seorang, dua orang dan tiga orang. Harga sewa setiapnya juga pelbagai keran bergantung kepada saiz bilik itu sendiri.
Secara keseluruhannya, kondisi hostel di Niznhy ini insyaALLAH akan menjanjikan kepuasan untuk anda!