Posted by Muslim Student Network on June 10, 2009
Di Nizhny, terdapat tiga buah hostel untuk pelajar-pelajar dari luar Rusia. Hostel-hostel itu terletak di sebuah kawasan akademi, dimana ia merupakan kawasan penginapan untuk semua pelajar akademi. Oleh yang demikian, kawasan penginapan itu adalah tempat yang selamat. Di samping itu, terdapat juga sebuah bangunan akademik yang menjadi tempat belajar terutamanya untuk pelajar-pelajar tahun 1 dan tahun 2.
Kemudahan hostel
Anda tidak perlu risau tentang kemudahan yang disediakan kerana ia cukup untuk anda hidup dengan selesa!
Antara kemudahan yg disediakan:
1) Dobi – berfungsi pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad
2) Dapur yang luas dan lengkap.
3) Kafe (jika anda malas untuk masak=))
4) Vender machine
5) ATM machine
Dan banyak lagi… semuanya pasti membuat anda tersenyum.
Kondisi bilik
Bilik-bilik yang terdapat di Nizhny begitu cantik, besar, MURAH! dan kondusif.
Jenis bilik yang ada adalah bilik untuk seorang, dua orang dan tiga orang. Harga sewa setiapnya juga pelbagai keran bergantung kepada saiz bilik itu sendiri.
Secara keseluruhannya, kondisi hostel di Niznhy ini insyaALLAH akan menjanjikan kepuasan untuk anda!
Posted in Nizhny, Student's Hostel | Tagged: Hostels in Nizhny, NNSMA | Leave a Comment »
Posted by Muslim Student Network on May 20, 2009
Antara kemudahan yang disediakan:
Hostel (1st, 3rd, 5th)
* Semua pelajar diwajibkan untuk tinggal di hostel yang disediakan.
* Harga setiap bilik berbeza mengikut saiz bilik masing-masing
* Dibahagikan mengikut “compartment=block” dimana setiap blok mengandungi 2 @ 3 bilik, bilik air & tandas.
* Penghuni setiap block disusun mengikut jantina. Lelaki & perempuan diasingkan.
* Dapur disediakan di setiap floor hostel.
Sports hall
* Sport hall boleh digunakan pada hujung minggu sahaja (sabtu & ahad). Jadual permainan disediakan bagi menggalakkan pelajar untuk bersukan dalam sukan yang mereka minati.
Recreation Hall
* Terletak di 3rd hostel.
Bilik untuk bersolat
* Untuk waktu zohor @ isya sahaja di 3rd hostel.
Study room
* 3rd & 5th hostel sahaja.
Gymnasium
* Percuma untuk pelajar
* Cuma peralatan-peralatan asas yang disediakan
* Terletak di 1st hostel
Posted in Nizhny, Student Activities, Student's Hostel | Tagged: Nizhny, NNSMA, Pelajar Malaysia di Rusia | 1 Comment »